Monday, 23 December 2013

Aplikasi Komputer

Hai, Assalamualaikum,

Di entri ni saya nak bercerita sikit tentang kelas aplikasi komputer, Aplikasi komputer ni adalah pelajaran asas tentang penggunaan komputer dengan betul dan cara penggunaan  perisian asas nye termasuklah Microsoft office word, Microsoft office Excell, Microsoft office Presentation dan Microsoft office Access. Dan juga pengetahuan tentang blog.Nak- nak microsoft access, sebelum ni memang belum pernah guna. dan tak pernah usik pon, Sekarang dah paham fungsinya sebagai pengkalan data untuk perniagaan yang memerlukan penyimpanan data secara teperinci..  Yela kan , sebagai student pengurusan perniagaan, saya merasakan, basic2 ni memang perlu, untuk terus maju ke hadapan.. ye dakk.. hehe.
Kelas aplikasi komputer pon sememang nya kat makmal komputer . tu yang best, jadi senang untuk saya mempraktikkan apa yang diajar.
 Pensyarah saya ialah Dr Zaleha Yazid, beliau sangat terbaik, dari segi pengajaran dan ia mudah dipratikkan oleh saya, Saya sangat enjoy bila masuk ke kelas nya, kerana memang sempoi habiss.. hehe Thank you Dr. Zaleha for teach me :)

Sunday, 22 December 2013

Super Suarez

Super Suarez iaitu Luiz suarez yang berasal dari Uruguay. Dia ni Pemain bola sepak yang aku minat, Sebab skill dia memang power. Nak-nak pulak dia main kat team EPL yang aku minat pulak iaitu Liverpool. Setakat ni setiap perlawanan Si Suarez ni x penah x buat gol, kalau x buat goal pon dia akan jd assit kepada rakannya. Dia memang power lah.. Setakat dia dah buat 19 gol untuk Liverpool dengan 17 perlawanan setakat ni.

Ni la Super Suarez tu..

Walaupon dia ni banyak kontroversi dalam sukan bola sepak yang lepas-lepas, tapi sekarang memang dah menjadi lah, Asyik buat gol-gol yang terbaik la.. Aku teruja kot tengok gol yang dia ni buat. Memang pemain-pemain bola sepak pon mungkin teruja rasanya.. Gol cantik pulak tu.. hehe.
Yang penting sekarang Suarez ni dah meletakkan Liverpool di tempat pertama liga, akhir-akhir musim liga ni tak tahu lah kan,, hehe. Tapi aku yakin, dengan bantuan si suarez ni , Musim ni Liverpool akan juara liga Perdana Inggeris ni.. :) :)

Sukan Sea ke 27

Hai semua, :)

Pada bulan lepas telah berlangsungnya Sukan Sea ke 27 di Myammar. Aku ni minat jugak sukan, Demi menyokong Malaysia tercinta lah kan. hehe.. Dan telah pon tamat pada hari ini.. Dengan itu Malaysia telahpun memungut 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa. Pencapaian ini amat membanggakan kerana Malaysia menduduki tempat ke 5 keseluruhan pingat dari 11 negara di Asia Tenggara.

Kedudukan pingat keseluruhan.

Tapi dalam kebanyakkan sukan, yang paling aku minat adalah bola sepak. Ia lah kan, bola sepak ni antara pingat terpenting untuk satu-satu sukan.. Negara mana yang pegang emas untuk acara bola sepak boleh dianggap hebat lah.. Tapi nak buat macam mana akhirnya Malaysia telah pun kalah dan menduduki tempat keempat selepas tewas kepada negara jiran iaitu Singapura 2-1. Thailand pula mendapat emas untuk acara bola sepak selepas mengalahkan Indonesia 1-0. Tahniah kepada Thailand. Aku terkilan jugakla kat team Malaysia. Yela kan, Training dah merata-rata, Australia, slovakia dan macam- macam lagi tapi xdapat buat apa-apa pun.. :) nak buat macammana kan, Bola itu bulat, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. hehe.  Dan jutaan tahniah juga kepada atlet-atlet sukan sea Malaysia yang telah memperjuagkan Malaysia di persada sukan. Teruskan perjuangan anda semua. Tahniah. :)

HOLIDAY : Perlukah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cuti Semester dah nak bermula tak lama lagi.Tak sangka begitu cepat masanya.Aku rasa macam baru je masuk semester ni. Walaupun aku dah nak bercuti,tak bermakna aku kena lupakan final exam minggu depan.. haha
Mungkin orang lain fikir,alah,belajar senang je kut,tak payah study ber-iya iya sangat.Tapi sebenarnya belajar susah kot. stresss.. haha.
tapi nak wat macamana, hakikat nya seorang pelajar untuk belajar kan.. Niat kan diri tu untuk cari ilmu.. haha. Aku bab berkata-kata ni pandai tapi hasilnya, habuk pun tadakk.. haha. 
 iTulah sepatutnya, masa cuti sememester ni lah, kita kena tenangkan fikiran, baru la tak berserabot.. haha. Sebab bercuti ni boleh la dijadikan reward untuk diri sendiri selapas berhempas pulas study.. Ye tak.. Kalau aku, bab-bab holiday ni memang perlu lah,, sebab hilang semua perasaan stress tu.. Ohh Indahnya bercuti. huhu. Bukan apa, nanti nak naik semester baru, baru lah fresh sikit perasaan nak belajar tu.. haha.. Okay, korang semua pon, baik pergi bercuti time citi sem, seronok punya lah, Gunakanlah cuti anda sebaik mungkin. :) 

Rajin Vs Malas

Assalamualaikum,

Rajin.. kenapalah aku ni tak macam sifat kau,, Kenapa aku ni bersifat malas.. Aku dah lama cuba nak jadi rajin, tapi tak tahu la kenapa nak jugakk malasnya. Apa lah yang aku perlu buat nak jadi rajin.. aku dah try pon usaha nak jadi rajin, Tapi ia hanya sekejap je.. mungkin kah aku ni sentiasa malas.. haha. Adakah aku tak mengamalkan sifat-sifat seorang yang rajin ni.. huhu
Dah la final exam nak dekat dah, book x bukak bukak lagi, Facebook rajinlah aku buka.. haha. Aku pon pelik, kalau facebook berjam-jam pon tak kisah, tapi kalau buka buku tak sampai sejam pon dah mula menguap sampai mengalir air mata.. Dah macam 3 hari 3 malam tak tido rasanya. haha..
padahal tiap-tiap tahun azam tahun baru aku nak jadi seorang yang rajin. Tapi apakan daya, aku cuma manusia biasa. Sentiasa mengulangi kesilapan yang sama.. "YA ALLAH engkau bantulah aku untuk menjadi seorang yang rajin, seorang yang bertanggungjawanb ke atas tugas aku sebagai seorang pelajar dan engkau ampunilah kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan." amin Ya RAbbal Alamin.
In Syaa ALLAH aku akan berusaha semaksima mungkin untuk aku gapai kejayaan, Untuk aku buktikan kepada keluarga ku,, "AKU MAHU JADI RAJIN". :)

Saturday, 21 December 2013

Skytrex advanture

Hai, assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita tentang aktiviti yang mencabar dan baru je join pagi tadi. Nama programnya Rehlah 1.0 yang telah dianjurkan dari Fakulti.. Program ini diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam. Atau pon Skytrex Advanture.

Aktiviti ni sangat mencabar dimana aku perlu tempuh 30 halangan yang berbeza. di paras 20 meter tingginya.Memang betul betul tinggi, Rasanya macam duk kat ats poko dah.. hehe.. Aku ni memang jenis yang suka join aktiviti extreme macam ni, Sebab memang minat aku.. Jadi selamber je aku lepas semua halangan tu,, Dan ramai juga yang give separuh jalan sebab dah letih kot. Memang penat jugak la, degan takut ketinggiannya, gugup nya.. Mungkin sebab tu kot ada yang tarik diri dari tamatkan semua halangan..



Antara halangan kat sini :)


Yang paling aku suka adalah flying fox, wahhh, memang best la, time tu betul2 gugup la.. sebab macam x percaya je kat peralatan situ,, Padahal, alat flying fox tu boleh tanggung beban 2 tan.. haha
Tapi memang betul, ketinggian bukan faktor ketakutan saya.. hihi berlagak pulak, padahal atas tu dah menggeleta lutut. Aktiviti ni berlangsung selama 1 jam 30 minit tanpa jejak tanah masa tu, sentiasa di atas pokok atau post yang disediakan di sana,, Memang puas hati la.. Try la pergi kalau x percaya.. Saya akan join llagi kalau ade program-program yang macam ni, Serius ku katakan, memang Terbaik kepada pengarah program kerana sudi buat program macam ni..
Terima kasih. ~wasalam~

Maharaja Lawak mega 2013

Hai,

Aku ni memang minat kot maharaja lawak mega, yela bila gelak maka stress pon hilang kan,, aku paling minat sepahtu dan  shiro, Tapi minggu lepas Sepahtu memang hambar, Xbest, tapi shiro memang kelakar.. haha.. Lawak Shiro sentiasa berlainan, sebab memang dorang kreatif sangat,, Aku time xde mood study tula, tgk maharaja lawak biar ulang-ulang kali pon, tapi tetap gelak.. haha.
Miggu lepas dah minggu keenam, kumpulan yang tersingkir boboi,, Diorang memang dari minggu pertama lagi dah tak best.. haha.. Aku tak paham diorang buat lawak apa, Gelak nak tak nak je bila aku tengok.. Mungkin idea lawak dorang sentiasa sama.. Dari minggu pertama lagi.. macam tuu jee.. haha.
Pastu Shahrol dari kumpulan Shiro pulak dinobatkan man of the match bagi minggu keenam,, Die memang patut dapat pon,, yela, memang sempoi lah shiro ni.. Aku tengk die macam spontan je mase buat persembahan. Tu yang buat jadi best.. Yela, mungkin sebab memang bnyk idea kan.. hehe.
Miggu depan dah masuk minggu ketujuh, dan  tak silap aku tinggal lagi 9 lagi kumpulan yang masih ada. Dengar dengar minggu depan tema musikal. Wahh.. memang best lah kalau tema ni, Aku minat giler.. haha. Mesti lawak sampai pecah perut minggu depan.. haha..Sepahtu, aku harapkan korang buat yang terbaik untuk minggu depan, Kalau tak, memang korang lah yang keluar.. haha (kejam)
Oraite sini dulu post enti  hari ni, semoga raja lawak pelepas stress korang jugak, aku dah cuba.. haha. Byee

Friday, 20 December 2013

Study Week

Hai Assalamualaikum semua :)

Hari ni aku nak beritahu bahawa STUDY WEEK dah start..
Bermakna semiggu selepas tu adalah FINAL EXAM. wahhhhh,, im not redy yet. please. :)
Aduhh, macamana lah nak fokus study ye. exam dah dekat ni,, aku masih lg terkial-kial dengan subjek ni.. blurr pulak time nak exam ni.. "YA ALLAH, tenangkan lah hati hamba-MU ini dalam menuntut ilmu." Ameen.

Study week ni memang sangat bermakna kepada pelajar-pelajar ipt, sebab masa ni la nak struggle habis-habisan. Yela kan, test sebelum-sebelum ni penuh dgn , kuliah, assignment, tugasan, dan macam-macam lagi yang membuatkan test kite tak fokus..

Tips-tips yang terbaik semasa STUDY WEEK ni adalah, buat group discussion, supaya kita semua dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain. Jangan kedekut-kedekut ilmu okay :)

STUDY WEEK ni memang aku akan bejuang bersungguh-sungguh untuk aku capai matlamat supaya dapat result yang cantik :) In Syaa ALLAH.
so, kawan-kawan, ingat ni:

 " selagi ada kemahuan, di situ ada kejayaan "

Minggu ke-14

Hai bloggers, :)
Hari  ni aku nak bercerita pasal minggu ke-14, so maknanya, minggu 14 nilah minggu terakhir dalam mencari ilmu berbentuk kuliah.. hehe maknanya minggu last la. Lepas ni dah Exam, dan cuti sem(YES) ;)

Dalam, pejam celik pejam celik dah minggu akhir berada kat UKM, memang terasa la sangat sekejap dok kat sini, tahu tahu dah nak dekat exam pon.. Wah takutlah... Dengan assignment nye ade yang tertunggak lagi.. haha
Tapi, minggu ke 14 yang berada di ukm nilah minggu yang paling sibuk, yelakan, dengan kena hantar tugasan la, presentation la, report la, kuliah ganti lah... macam macam lagi la.. Tapi sebagai pelajar, memang tugas nye pon semua tu.. hehe, So  jangan nak mengeluh sangat la.. Enjoy your work, then you can do it brtter. :)

Aku rase semua student akan gembira bila tiba minggu ke-14. yela kan, semua nya macam x suka pergi kuliah,, termasuklah aku.. haha. Padahal, kuliah tu lah yang memberi ilmu secara mendalam kat kita, kalau x jawap exam tak tahu apa2 lah.. hehe. So, marilah kita bejuang untuk masa, hadapan..  :)
Sampai sini dulu entri kali ni, Trimas kerana sudi membaca :D

Thursday, 19 December 2013

Pengesahan Kolej

Assalamualaikum, 

Hari ni aku nak bercerita pasal pengesahan kolej kat UKM, yela kalau tak sahkan, memang nak daftar kolej sem depan bermasalah la sikit. hehe.

Hari ini iaitu 17 Disember 2013 ialah tarikh akhir untuk penghuni kolej Burhanuddin Helmi( KBH) untuk mengesahkan tempat tinggal untuk sem depan..Aku pon dah buatpengesahan awal sebab takut nanti internet buat hal, tak pasal-pasal  aku x berdaftar nanti ..Aku pilih untuk terus stay kat KBH ni sebab Kbh ni macam dah serasi ngan aku..Lagipon KBH ni macam centre la..Pusat Kesihatan,library,semuanya dekat ngan kolej ni termasuklah Fakulti aku sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)..Malam tadi pon ada felo yang cek dari bilik ke bilik nak tengok sape yang dah buat pengesahan ke belum..
Tak silap aku la,kalau tak buat pengesahan dalm tempoh ni,mungkin bayaran denda akan dikenakan.. So, buatlah apa-apa pengesahan, sebelum tamat tarikhnya.. :)

Okay, cut, sampai sini je dulu ye. :)

Tuesday, 17 December 2013

GST!! wajarkah?

GST atau nama penuhnya Good and services tax atau cukai barangan dan perkhidmatan bakal dilaksanakan pada tahun 2015.. GST menjadi isu yang popular yang menyebabkan hal ini mendapat bantahan orang ramai .
 Wajarkan GST ini dilaksanakan?
Alahai,, barang naik? GST? apa lagi yang kerajan Malaysia mahukan,, Adakah ini cara mereka nak majukan negara, Dengan membebankan rakyat dan mereka terus kaya?
Aku x boleh fikir dengan normal jika semua ni berlaku.. Nak, kalau dah bergraduasi nanti, konfem akan terasa bebanan nya.. mungkin tidak,, sekarang pon akan terasa, Tapi sikit, tu pon sebab belum kahwin.. hehe. :)
Lepas satu-satu cadangan brutal kerajaan yang bakal membebankan rakyat.. Dahla barang naik, GST pulak dilaksanakan.. GST ni juga akan menyusahkan para peniaga yang baru nak maju kerana, mereka terpaksa mengenakan harga barang yang lebih tinggi daripada biasa bagi menampung modal yang mereka keluar kan. Yela, nak dapatkan stok mesti beli barang, beli barang kena GST. Lepas tu mulalah pelanggan salah kan peniaga dengan alasan barang naik..Jikalau kerajaan tidak mengawal dan memantau paras kenaikan, peniaga akan lebih untung. Saranan saya wajar atau tidak itu pendapat masing-masing. Yang penting kita sebagai rakyat MALAYSIA perlu bersedia untuk menghadapinya. In Syaa Allah. :)

Monday, 16 December 2013

2014 Barang Naik?

Hai Assalamualaikum,

Pada enti kali ni aku nak bahaskan sikit tentang barangan naik tahun 2014?
Sebagai rakyat Malysia aku pun tanpa segan silu terpanggil untuk membahaskan isu ni, Yela kan dah la student, barangan naik pulak,, Apa cerita?? Sesak weyy!!
Harap-harap isu ni bualan semata-mata. Yela kan, harapan mestilah lah tinggi, kalau isu ini betul-betul terjadi, maka makin susah lah kos hidup rakyat. Mohon kerajaan memkirkan jalan yang lebih efektif untuk membantu rakyat tentang hal ini.
aku dengar khabar barangan yang naik adalah,, barang naik? elektrik? barangan basah? tol? dan macam-macam lagi,, Adakah tahun 2014 bakal menjadi igauan ngeri kepada rakyat Malaysia.. Yela kan, lagi beberapa hari lagi dah nak masuk ke tahun 2014.
Adakah, kenaikan  barang ini berlaku demi kepentingan mainan politik saja? adakah Malaysia menggunakan kosep yang kaya terus kaya? Adakah rakyat bakal menimpa bala atas kesilapan mengundi kerajaan yang jujur?
Bukan isu politik yang ingin aku ketengahkan, tapi perihatin lah kepada rakyat. Walau siapa pun yang pegang kerajaan. Mohon pertimbangkan.
"Ya ALLAH, bantulah kami untuk mendapatkan rezeki yang halal, dan tenangkan lah hati kami jika hal ni berlaku, Ameen.
In Syaa ALLAh, sampai di sini saja perbahasan saya.. Harapan ku agar, isu ini tidak akan terjadi. :)

Saturday, 14 December 2013

Foundation Drama

Assalamualai kum, Hai :)

Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Foundation English..
Okay permulaan nye gini, Foundation English ni sebenarnya untuk mereka-mereka yang dapat muet band 2 ke bawah, termasuklah aku.. haha
Maklumlah, aku English ni kurang sikit,, :D
So, foundation ni penilaian utama dia berdasarkan grammar, dan drama.
DRAMA!!!!
Ohh, aku mana pandai berlakon,, hehe.
Tapi memang best la, first time dalam hidup aku buat drama versi teater,, gugup baq hangg!! haha
Jadi group aku seramai, 12 orang masing2 mempunyai watak tersendiri,  Jadi sebelum dapat watak tu mesti kena cerita pasal drama apa yang dipilih kan.. huhu
Jadi kami sekumpulan telah bersepakat untuk memilih drma yang bertajuk "The Railway Chidren"
semua drama ni dari koleksi novel Penguin reader, dan Kami perlu meng "adaptasi nye kepada versi Teater.. Boleh tahan la kisahnye.. Rasa mcm datang Ukm ambik bidang teater pulak,,, hehe.

Selepas pilih tajuk, kami perlu membentangkan "storyboard".. kena lukis gambar dan ceritakan plot nya,,
lepas tu kena lah pulak, buat skrip,, wah pening nak buat skrip,, berdasarkan novel pulak tuh.. So hantam ja lah.. Akhirnya pada 12 disember lalu kami pentaskan lah drama tu.. wah gugup je rasa,, depan penonton 50-60 orang pulak tuh.. haha..Jadi, Alhamdulillah, semuanya lancar, Dan kelas Foundation English pon tamatlah pada minggu lepas.. Serius, memang seronok belajar Bahasa Inggeris,, Dan tujuan utama Kelas foundation English adalah meningkatkan, keyakinan para pelajar untuk berbahasa inggeris.
So , sampai sini sajalah entri kali ni, Terima kasih pada yang sudi membaca.. :)



Ni lah group drama Foundation Aku..:)

Tuesday, 10 December 2013

Lapar

Assalamualaikum,

Hai,  Entri ni aku akan bercerita pasal lapar, hehe. Maklumlah skrg ni masih lagi musim hujan, tiap2 malam lapar, perut pon selalu bunyi "kriukk-kriukk-kriukk" hehe. tak tahu jugak kenapa?, tiap- tiap malam akan berasa lapar, Geram rasanya.. haha,, Nak buat kerja pon  tak boleh.
Aku ni dah la yang jenis malas nak keluar cari makanan. Yela kat luar sana tu kalau pukul 12 ke atas, memang sejuk.. menggelatar.. Nak pulak hujan @hujan baru berhenti.. memang berbungkus dalm selimut la aku.. haha.. Sekarang ni memang musim sejuk agaknya. Yela kat luar-luar san. Eropah sana dah musim salji kan, kat Malaysia je musim hujan,. huhu.
Tapi mungkin sebab keesejukkan perut aku jadi lapar sesangat. atau nafsu lapar semata-mata.. hehe. So, kesimpulan nya, lepas ni, memang bnyak lah makanan dalam bilik, stok untuk lapar.. hehe
Okaylah, sini saja aku bercerita,
TQ. :)

Friday, 6 December 2013

SUKEM

Assalamualaikum

Hai kepada bloggers semua.. sihat? :)

Post kali ni aku nak cerita pasal Sukan.. Iaitu Sukan yang dianjurkan oleh UKM tiap2 tahun..
SUKEM atau Sukan Universiti Malaysia yang berlangsung pada 20 November hingga 16 Disember 2013.
Aku ambil acara lontar peluru dan merejam lembing untuk Kolej Burhanudin Helmi (KBH).
Nak cerita la sikit, aku ni xpenah pun main acara ni untuk sebelum-sebelum ni,, dengan semangat yang pelik,tak tahula macamane aku boleh main.. Haha.

Mungkin sebab nak mencuba kot. Walaupon tak menang, tp aku dah cuba yang terbaik untuk kolej.. haha (perasan je). Tapi yang best nye SUKEM ni, ialah supporters tu,, memang bagusla kalau tgk.. Yela, baru semangat atlet KBH nak main kalau ade supporters kan.. hehe.
Supporters jugak ade wat baju khas, untuk tujuan menyokong atlet semata- mata..
Memang semangat luar biasa lah burhan nih,, Kolej lain mane ada baju supportes,, hehe
TERBAIKKK!!

Baju supportes untuk KBH
D'gators gitu.. Hehe



Gambar semasa di Stadium UKM,
bersama atlet olahraga KBH

Sorry gambar semasa main acara aku x sempat ambik, sebab tak ingat.. haha (alasan)

So, pada 16 Disember tu adalah acara penutup Sukem, memang best la, sebab ada pertandingan akhir bola sepak diantara KAB vs KIZ..  perlawanan berkesudahan KAB menang 2-0.. Yela kan, memang bangga kolej yang menag bola ni, maklumlah, Bola sepak ialah IBU segala Emas bagi sukan - sukan tahunan gini... Tahniah KAB.. 
Sampai sini jela dulu celoteh aku untuk Entri kali ni... Terima kasih sudi baca,,, hehe :)

Monday, 2 December 2013

HOMESTAY BAS SELAMA 10 JAM :)

Hye Assalamualaiku w.b.t.

Homestay Bas?? apa anda rase yang saya nak ceritakan.. haha
mesti pelik kan, yela tajuk entri melambangkan sesebuah cerita.. hehe

Okay, cerita dia macam ni, pada jumaat yang lepas adalah, member aku ajak join program ke Johor dari Kelab Ekonomi UKM. Melawat sambil jalan - jalan wilayah selatan tanah air. Yela, aku kalau bab-bab berjalan, enjoy-enjoy memang suka lah,, haha. Jadi aku pon join lah program tu.. So hari jumaat tu semangat aku bangun pagi-pagi.

So, selama 5jam perjalanan kami semua sampai lah kat Johor,, 5 jamm.. lame tuu... Okay sampai- sampai je, terus pergi ke pejabat ISKANDAR MALAYSIA. Sebab tujuan utama program ni adalah, berkenalan dgn Iskandar Malaysia ni.. So kami diterangkan oleh Pegawai kat situ,, So faham lah, Memag power lah Iskandar Malaysia ni, Dia lah Penggerak, pemaju, Peananalisi ekonomi kat Johor ni,.. sebab tu Johor maju..

Okay, mesti korang tertanye tanye lagi, ape kena mengene ngan tajuk... haha
Maka, dalam perjalanan balik ke Homestay kononye, terjadilah perkara yang tiba tiba semua orang tak tersangka- sangka. IAITU BAS MOGOK @ ROSAK @ TAK BOLEH GERAK. Eh sama lah tu.. hehe
Dan masa tu semua mmg lapar, yelah betul-betul masa tu tengah Magrib, mana tak nye, dengan perjalanan 5 jam sebelum ni lagi.. perghh sempott.. hehe

So, Pakcik driver bas kata bas gantian akan bertolak dari UPSI, TANJUNG MALIM. pukul 10 malam, perghh, kami semua terkejut, memang lama menunggu, SO pakcik driver, sarankan kepada kami, suruh cari makan dulu, . Nasib baik bas ni rosak kat bandar, tapi 1 km jugaklah nak berjalan.. hehe
Penat kot.. Jadi kami ambil lah pengalaman jalan jalan di JB sepuas puasnya, dengan letih, mengantuk dan sebagainye.. haha

Maka, bila puas berjalan balik lah kami ke HOMESTAY BAS, memang x selesa betul, yela first time kot tido dalam bas lama lama gitu.. Nasib lah keesokan harinya bas gantian sampai, tapi Pukul 5 pagi lah,, wah memang syok jugak tido atas bas dan rase takut dah nak naik bas lepas ni.. hehe..
So, rancanglah perjalanan anda sebaik-baik nya.. :)

Monday, 25 November 2013

Kelebihan Minum Air Banyak !!!

ASSALAMUALAIKUM,


Semua orang tahu kelebihan apabila minum air kosong dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sekali disarankan kepada kita. Tapi tidak semua boleh amalkan minum air banyak kan. 

Alasannya penat nak ulang alik pergi tandas.lol betul tak ??



sebenarnya air ini penting untuk kesihatan tubuh badan kita, bayangkan lah dengan cuaca panas di Malaysia tetapi kita kurang dalam minum air ni.


Jom kita kuatkan semangat untuk amalkan minum air 8 gelas sehari..hehe

Kebaikan Makan Pisang


Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenaga
 

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
 

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
 

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
 

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
 

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
 

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
 

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
 

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

Kisah Penghuni Syurga Terakhir

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,





Penghuni Syurga Terakhir


Kisah Motivasi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Penghuni Syurga Terakhir. Kisah ini adalah sebahagiaan daripada cerita-cerita Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'uud.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku mengetahui orang yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak.


Allah s.w.t berkata kepadanya, "Pergi dan masuklah ke dalam syurga".
Orang itu merangkak mendekati syurga dan padanya terbayang, tentulah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia kembali serta berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak."

Allah s.w.t mengulangi perintah Nya: "Pergi dan masuklah kamu ke dalam syurga".
Orang itu sekali lagi mendekati syurga dan sekali lagi terbayang kepadanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak".
Kemudian Allah s.w.t bersabda: "Pergilah dan masuklah kedalam syurga dan bahagiaannmu adalah seluas sepuluh kali bumi."
Mendengar titah Allah s.w.t, orang itu berkata: "Ya Tuhan, apakah engkau mengejek dan mentertawakan aku, sedang engkau adalah Maha Raja."
Aku melihat Rasulullah s.a.w. kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata: "Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga." (Muttaqafun Alaih)

Antara Pengajaran dari cerita ini adalah:

Syurga adalah tempat yang terlalu istimewa dan selesa untuk kita. Keluasan dan kenikmatannya melampaui apa yang kita kecapi di mukabumi ini. Jika kedudukan orang yang paling rendah adalah sepuluh kali Bumi, bayangkan kenikmatan yang diperolehi oleh mereka yang memasukinya lebih awal. So Jom sama-sama kita kejar syurga. Jadilah kita insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang makruf dan menjauhi perkara yang mungkar. Semoga kita semua menjadi antara yang terawal memasuki syurga Allah. Aminnn...


 
Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Abdul Rahman Bin Auf merupakan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman Bin Auf juga merupakan seorang usahawan yang wajar dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan berlandaskan Islam
Beliau merupakan seorang hartawan, seorang dermawan dan juga pejuang. Beliau banyak mengorbankan hidupnya mencari kekayaan dan memanfaatkannya ke jalan Tuhan.
Abdul Rahman Bin Auf pernah ditanya, apakah  strategi perniagaan yang dilakukan sehingga menjadi usahawan terkemuka?
Lalu dijawabnya :
  •  Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
  •  Aku tidak pernah melambatkan perjualan barangan dari yang meminta
  •  Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran 
Abdul Rahman Bin Auf pernah dianggap hartawan terkaya di Mekah dan Madinah. Beliau seorang yang warak. Abdul Rahman Bin Auf terkenal dengan sifat yang zuhud. Beliau tidak menjadikan harta yang banyak dengan hidup bermewah-mewah dan bersenang lenang. Beliau memilih hidup dalam  kesederhanaan.
Beliau lebih banyak memikirkan mengenai amalan dan kebajikan daripada hartanya.
Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan sepuluh tahun setelah tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum memeluk Islam namanya adalah Abdul Kaabah. Namun, sebaik mengucap dua kalimah Syahadah, Rasulullah SAW memberikan nama Abdul Rahman.
Beliau pernah mengikut berjuang menegakkan Islam antaranya dalam peperangan Badar dan Perang Uhud. - Kaya Wang Kaya Iman, Meraih Kekayaan Dunia Tanpa Melupakan Akhirat : SAAT SULAIMAN

Tuesday, 19 November 2013

Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh

Sembahyang Ied di Jakarta. Foto AP

"Solat itu tiang agama, Jika orang muslim tidak solat seolah-olah mereka meruntuhkan agama mereka sendiri"

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.



Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.




Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)



Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.




Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).



Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.




Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Sumber: Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Rahsia khusyuk dalam solat



KHUSYUK adalah kerja hati kerana hati menjadi tempat pandangan Allah atas hambanya.

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan




Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan. Itulah penemuan yang dibuat oleh David Sillbersweig, Penyelidik Kanan Cornell Medical Center di New York. Menurut beliau ketika bermimpi, pengalaman sebelumnya berputar semula. Segala maklumat itu akan 
.tersimpan dalam kotak memori pada bahagian otak

Semasa ujian dilakukan beliau mendapati bahagian otak yang banyak digunakan menjadi lebih aktif semasa mimpi. Ini bermakna semakin kerap bermimpi maka semakin kuatlah ingatan.

Tidur Membantu Meningkatkan Daya Ingatan


Secara purata manusia menghabiskan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur. Kerana itu tidur bukan sahaja merehatkan badan physically, tetapi juga membantu otak meningkatkan daya ingatan. Mereka yang kurang tidur mempunyai tendency untuk cepat menjadi pelupa.

Ketika ujian dilakukan, 18 sukarelawan dipilih untuk menjalani ujian mengingati simbol yang ditayangkan menerusi skrin komputer. Ketika disuruh mengingati kembali apa yang ditayangkan ramai yang gagal untuk mengingati imej-imej tersebut. Kesemua mereka kemudiannya disuruh tidur sebelum mengulangi persoalan yang sama keesokan harinya. Hasilnya, David mendapati mereka dapat mengingati lebih banyak imej dengan pantas berbanding sebelumnya.

Kesimpulannya, Mr david berpendapat otak mengulangi setiap apa yang dipelajari kedalam mimpi dan menyimpannya kembali dalam kotak memori untuk mudah digunakan semula apabila diperlukan.

Wednesday, 30 October 2013

Pelaburan Emas video

Hai Assalamualaikum,
ni adalah video untuk mempromosikan tentang pelaburan emas, dan ini adalah tugasan kami untuk sujek aplikasi komputer, Harap anda dapat memahaminya sedikit sebanyak. :)



Tontonlah. :)

Pelaburan Emas slideshow

Hai assalamualaikum,

pelaburan emas itulah, tajuk yang aku dan akmal bentangkan kepada kelas bagi memenuhi syarat tugasan Microsoft office powerpoint.. Harap anda semua dapat membaca dan dapat dengan penuh ilmu tentang pelaburan emas. Terima kasih :)

Tengok powerpoint nye di link ni ye :)

Sunday, 20 October 2013

Tempat Untuk relaks dan Enjoy sekitar UKM,

Di UKM, Tugas pelajar membaca??, menghadap buku?? , kuliah?? assignment?? memanglah  nama pon student.. Tapi, student pon kena ada relakss, enjoy.. ye dakk?? hehe.. kalo x bukan ke dapat MURUNG,, STRESSS... uihhh memang tak lah kalo aku.. Enjoy mesti kena ada maaaa.. baru semua kelja pon muleyy jalan... haha.. 

Okay aku nak cerite lah sikit pengalaman selama dua bulan setakat duduk kat Ukm ni... so, macam macam jugaklah tempat tempat kat KL yang aku keluar hari minggu kan..  cuti itu indah~~.. (Y) Terima kasih lah kat senior senior sebab bagitahu cara cara nak pergi kat tempat tempat ni...Almaklumlah kan, aku ni budak baru kat sini.. kena ambik tahu jugak untuk kemudahan aku..

Kawasan Kajang - Dengan menaiki Bas Rapid KL T430, anda boleh pergi tempat-tempat berikut seperti Hentian Kajang, Metro Kajang Shopping Centre, Metro Point (perlu berjalan kaki selama 5 minit) dan sebagainya.

The Mines - Menaiki Bas UKM 6K/6Z atau Rapid KL T430 untuk pergi ke Stesen KTM UKM. Selepas itu, anda menaiki KTM ke Stesen Serdang (RM 1.70). Apabila tiba, berjalan kaki melalui jejantas dan berjalan terus ke Herittage Hotel. Anda akan dapat lihat bangunan The Mines.

KL Sentral - Kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur seperti Putra LRT, KTM, KLIA Transit, Rapid KL LRT, Monorial dan sebagainya. Ia juga merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara. Untuk pergi ke sana, anda hanya perlu menaiki KTM dari Stesen UKM ke Stesen KL Sentral (RM 3.30).

Bus Terminal Puduraya - Menaiki Bas UKM 6K/6Z atau Rapid KL T430 keStesen KTM UKM dan membeli tiket ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Apabilaanda tiba di Bandar Tasik Selatan,  ikut papan tanda untuk mencari cara untukmengambil LRT Rapid KL. Dari Bandar Tasik Selatan LRT Station, membelitiket ke Stesen Plaza Rakyat. Apabila anda tiba di Plaza Rakyat Station,berjalan kaki untuk beberapa minit, anda akan sampai ke Puduraya Bus Terminal. Dalam Bus Terminal Puduraya, anda boleh membeli mana-manatiket bas untuk kembali ke kampung halaman anda di bahagian Utara Malaysia(contohnya Pulau Pinang, Ipoh, Kedah ...).

Mid Valley - Dari Stesen KTM UKM, menaiki KTM ke Stesen Mid Valley.Apabila anda tiba di sana, berjalan kaki di sepanjang jalan, anda akanmemasuki Pusat Membeli-belah Mid Valley.

Time Square / Sungai Wang / Pavilion - Dari KL Sentral, berjalan kaki ke Stesen Monorial berhampiran (berjalan keluar dari bangunan KL Sentral ke tapak yang bertentangan, berjalan di beberapa buah kedai, anda akan sampai) untuk menaiki Monorail ke Stesen Imbi dan anda akan tiba diTimesquare. Sungai Wang dan Pavilion berhampiran dengan Time Squaredan anda boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.

Sunway Pyramid - Dari Stesen KTM Mid Valley, jangan mengikuti jalan ke Pusat Membeli-belah Mid Valley, tetapi berjalan merentasi jambatan.Kemudian anda boleh mencari stesen bas di bawah jambatan di jalanbertentangan. Dari stesen bas itu menaikil Rapid KL 63 / Metro Bus 10 / MetroBus 13 ke Sunway Pyramid. Kira-kira masa yang diambil untuk tempat: 2 jam (tanpa masa menunggu kelewatan, dan lain-lain)

Suria KLCC - Dari KL Sentral, naik Putra LRT ke Stesen KLCC. Setelah anda tiba di Stesen KLCC, anda sudah berada di dalam Suria KLCC. Kira-kira masa yang diambil untuk: 1 jam dan 30 minit (tanpa masa menunggukelewatan, dan lain-lain tempat)

Petaling Street - Dari KL Sentral, menaiki bas Metro yang dilabel ke "Kotaraya". Selain itu, mana-mana bas yang dilabel ke Kotaraya juga bolehsampai ke Petaling Street.

One Utama / IKANO / The Curve - Dari stesen bas Mid Valley South Court,menaiki Bas Metro 9.

Uptown Kajang 2/ Jalan Reko- banyak barangan jualan kat uptown ni, try lah..

Okay, ni bukan tempat nak rileks jela, tapi cara cara nak balik kampung pon bole, bagi sapa sapa yang menggunakan public transport kan.. Ni semua tempat rileks yang kite boleh realese kan tension, nak nak kalau gi shopping mall.. memang best.. haha :D
Orite sampai sini dululah cerita aku kat ukm 2 bln ni... kalau dah tiga tahu kat sini, mmg lagi banyak lah tempat tempat yang best aku akan update.. peace yaww!! (Y)

Do remember .. Study hard and Play hard TOO !!! ^^

Microsoft word assignment.

Facebook, yela bnyk kelebihan dan keburukan facebook kan,, macam-macam cara nak gunakanya, jika baik tujuannya, maka baik lah cara penggunaannya. jom baca tugasan tentang microsoft yang aku buat ni, semua ada, kelibihan, keburukan, dan macam-macam lagi cerita tentang facebook, So, gunakan lah , facebook sebaik mungkin, buat bisnes, share dakwah, nasihat dan sebagainya, Moga anda semua dapat manfaatnya, :)

Tekan link di bawah :)

Saturday, 19 October 2013

Aku Mahasiswa UKM.

Alhamdullilah dah dekat dua bulan aku sebagai mahasiswa UKM, Insyallah selama tiga tahun aku kat sini banyaklah ilmu yang aku dapat dan akan aku gunakan dam kerjaya aku kelak.
Aku Mahasiswa UKM, okay aku nak cerita lah sikit pengalaman selama aku berada kat sini..
Memang bestlah belajar kat sini, fasiliti, kediaman, semuanya tip top.. best dah memuaskan. Almaklumlah aku ni dulu lepasan KPTM je, kampusnye pon xde lah sebesar UKM ni. hehe, Tp KPTM tetap steady bagi aku..

Kat Ukm ni aku ambik kursus pentadbiran perniagaan, dari fakulti ekonomi dan pengurusan. Aku memang minat lah nak jadi bakal bakal bisnesman ni.. hehe INSYALLAH. Jadi aku sanggup korbankan sikit masa dan umur aku, untuk aku cari seberapa banyak ilmu. Yela kan, setiap perniagaan tu mestilah kena ada ilmu, barulah berjaya lagi SUCCESSFUL , ehh samalah tu... haha..

Suasana belajar di UKM ni jugak memang lain dari aku belajar kat kolej. Kat sini memang kena survive sendiri, kalau tak, memang ketingglan lah dalam kuliah..Satu lagi sistem IFOLIO, ifolio ni memang lah tersangat penting untuk pelajar UKM. mana tak nya, semua Assignment, task, tutorial, dan nota nota pensyarah akan download kat sini.. kalau x selalu buka memang xtahu apa benda lah.. hehe.

UKM ni tahap fasiliti memang bagus. Setiap alat tu berfungsi dengan bagus. Kat Kolej kediaman, Fakulti, Perpustakaan, dan lain lain tmpt kat ukm ni memang berfungsi sepenuhnya. Antara kemudahan yang terpenting untuk student adalah INTERNET. Memanglah penting nama pun zaman Berteknologi sekarang. Semua nak kena ada internet, baru senang kerja kan.. WIFI ukm ni memang kat mana2 pon boleh guna, dengan hanya daftar ID UKM JARING je.. Internet nya pon, boleh tahan lah lajunya, tapi silap asal nak download MOVIE je mesti page tu keluar besar besar ayat ni: ACCESS DENIED.  HAHA.. mungkin UKM xnak bagi pelajar kat sini tgk movie banyak2 kot. :D

Aisyyy.. banyak pulak celoteh aku yang tah apa apa ni kan.. lari topik pulak tu..asalnya AKU MAHASISWA UKM, tapi ni tajuk dah macam UKM AKU PUNYA, haha.. Okay lah setakat ni dulu yang boleh aku ceritakan, tapi aku akan cuba yang terbaik sebagai mahasiswa UKM, Aku nak majukan diri aku dari selangkah ke selangkah. INSYALLAH, aku akan cuba mencari ilmu dari UKM ni dengan sebanyak mungkin untuk kesenangan aku kelak. 

Akhir sekali, AKU BANGGA MENJADI MAHASISWA UKM. :)



LANSKAP LOGO UKM





 DECTAR- 
tempat aku bakal berkonvo





Perpustakaan yang tersangat lah besar.





Majid Universiti yang indah




Stadium UKM