Monday, 25 November 2013

Kelebihan Minum Air Banyak !!!

ASSALAMUALAIKUM,


Semua orang tahu kelebihan apabila minum air kosong dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sekali disarankan kepada kita. Tapi tidak semua boleh amalkan minum air banyak kan. 

Alasannya penat nak ulang alik pergi tandas.lol betul tak ??



sebenarnya air ini penting untuk kesihatan tubuh badan kita, bayangkan lah dengan cuaca panas di Malaysia tetapi kita kurang dalam minum air ni.


Jom kita kuatkan semangat untuk amalkan minum air 8 gelas sehari..hehe

Kebaikan Makan Pisang


Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenaga
 

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
 

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
 

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
 

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
 

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
 

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
 

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
 

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

Kisah Penghuni Syurga Terakhir

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,





Penghuni Syurga Terakhir


Kisah Motivasi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Penghuni Syurga Terakhir. Kisah ini adalah sebahagiaan daripada cerita-cerita Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'uud.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku mengetahui orang yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak.


Allah s.w.t berkata kepadanya, "Pergi dan masuklah ke dalam syurga".
Orang itu merangkak mendekati syurga dan padanya terbayang, tentulah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia kembali serta berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak."

Allah s.w.t mengulangi perintah Nya: "Pergi dan masuklah kamu ke dalam syurga".
Orang itu sekali lagi mendekati syurga dan sekali lagi terbayang kepadanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak".
Kemudian Allah s.w.t bersabda: "Pergilah dan masuklah kedalam syurga dan bahagiaannmu adalah seluas sepuluh kali bumi."
Mendengar titah Allah s.w.t, orang itu berkata: "Ya Tuhan, apakah engkau mengejek dan mentertawakan aku, sedang engkau adalah Maha Raja."
Aku melihat Rasulullah s.a.w. kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata: "Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga." (Muttaqafun Alaih)

Antara Pengajaran dari cerita ini adalah:

Syurga adalah tempat yang terlalu istimewa dan selesa untuk kita. Keluasan dan kenikmatannya melampaui apa yang kita kecapi di mukabumi ini. Jika kedudukan orang yang paling rendah adalah sepuluh kali Bumi, bayangkan kenikmatan yang diperolehi oleh mereka yang memasukinya lebih awal. So Jom sama-sama kita kejar syurga. Jadilah kita insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang makruf dan menjauhi perkara yang mungkar. Semoga kita semua menjadi antara yang terawal memasuki syurga Allah. Aminnn...


 
Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Abdul Rahman Bin Auf merupakan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman Bin Auf juga merupakan seorang usahawan yang wajar dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan berlandaskan Islam
Beliau merupakan seorang hartawan, seorang dermawan dan juga pejuang. Beliau banyak mengorbankan hidupnya mencari kekayaan dan memanfaatkannya ke jalan Tuhan.
Abdul Rahman Bin Auf pernah ditanya, apakah  strategi perniagaan yang dilakukan sehingga menjadi usahawan terkemuka?
Lalu dijawabnya :
  •  Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
  •  Aku tidak pernah melambatkan perjualan barangan dari yang meminta
  •  Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran 
Abdul Rahman Bin Auf pernah dianggap hartawan terkaya di Mekah dan Madinah. Beliau seorang yang warak. Abdul Rahman Bin Auf terkenal dengan sifat yang zuhud. Beliau tidak menjadikan harta yang banyak dengan hidup bermewah-mewah dan bersenang lenang. Beliau memilih hidup dalam  kesederhanaan.
Beliau lebih banyak memikirkan mengenai amalan dan kebajikan daripada hartanya.
Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan sepuluh tahun setelah tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum memeluk Islam namanya adalah Abdul Kaabah. Namun, sebaik mengucap dua kalimah Syahadah, Rasulullah SAW memberikan nama Abdul Rahman.
Beliau pernah mengikut berjuang menegakkan Islam antaranya dalam peperangan Badar dan Perang Uhud. - Kaya Wang Kaya Iman, Meraih Kekayaan Dunia Tanpa Melupakan Akhirat : SAAT SULAIMAN

Tuesday, 19 November 2013

Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh

Sembahyang Ied di Jakarta. Foto AP

"Solat itu tiang agama, Jika orang muslim tidak solat seolah-olah mereka meruntuhkan agama mereka sendiri"

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.



Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.




Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)



Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.




Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).



Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.




Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Sumber: Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Rahsia khusyuk dalam solat



KHUSYUK adalah kerja hati kerana hati menjadi tempat pandangan Allah atas hambanya.

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan




Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan. Itulah penemuan yang dibuat oleh David Sillbersweig, Penyelidik Kanan Cornell Medical Center di New York. Menurut beliau ketika bermimpi, pengalaman sebelumnya berputar semula. Segala maklumat itu akan 
.tersimpan dalam kotak memori pada bahagian otak

Semasa ujian dilakukan beliau mendapati bahagian otak yang banyak digunakan menjadi lebih aktif semasa mimpi. Ini bermakna semakin kerap bermimpi maka semakin kuatlah ingatan.

Tidur Membantu Meningkatkan Daya Ingatan


Secara purata manusia menghabiskan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur. Kerana itu tidur bukan sahaja merehatkan badan physically, tetapi juga membantu otak meningkatkan daya ingatan. Mereka yang kurang tidur mempunyai tendency untuk cepat menjadi pelupa.

Ketika ujian dilakukan, 18 sukarelawan dipilih untuk menjalani ujian mengingati simbol yang ditayangkan menerusi skrin komputer. Ketika disuruh mengingati kembali apa yang ditayangkan ramai yang gagal untuk mengingati imej-imej tersebut. Kesemua mereka kemudiannya disuruh tidur sebelum mengulangi persoalan yang sama keesokan harinya. Hasilnya, David mendapati mereka dapat mengingati lebih banyak imej dengan pantas berbanding sebelumnya.

Kesimpulannya, Mr david berpendapat otak mengulangi setiap apa yang dipelajari kedalam mimpi dan menyimpannya kembali dalam kotak memori untuk mudah digunakan semula apabila diperlukan.