Monday, 23 December 2013

Aplikasi Komputer

Hai, Assalamualaikum,

Di entri ni saya nak bercerita sikit tentang kelas aplikasi komputer, Aplikasi komputer ni adalah pelajaran asas tentang penggunaan komputer dengan betul dan cara penggunaan  perisian asas nye termasuklah Microsoft office word, Microsoft office Excell, Microsoft office Presentation dan Microsoft office Access. Dan juga pengetahuan tentang blog.Nak- nak microsoft access, sebelum ni memang belum pernah guna. dan tak pernah usik pon, Sekarang dah paham fungsinya sebagai pengkalan data untuk perniagaan yang memerlukan penyimpanan data secara teperinci..  Yela kan , sebagai student pengurusan perniagaan, saya merasakan, basic2 ni memang perlu, untuk terus maju ke hadapan.. ye dakk.. hehe.
Kelas aplikasi komputer pon sememang nya kat makmal komputer . tu yang best, jadi senang untuk saya mempraktikkan apa yang diajar.
 Pensyarah saya ialah Dr Zaleha Yazid, beliau sangat terbaik, dari segi pengajaran dan ia mudah dipratikkan oleh saya, Saya sangat enjoy bila masuk ke kelas nya, kerana memang sempoi habiss.. hehe Thank you Dr. Zaleha for teach me :)

Sunday, 22 December 2013

Super Suarez

Super Suarez iaitu Luiz suarez yang berasal dari Uruguay. Dia ni Pemain bola sepak yang aku minat, Sebab skill dia memang power. Nak-nak pulak dia main kat team EPL yang aku minat pulak iaitu Liverpool. Setakat ni setiap perlawanan Si Suarez ni x penah x buat gol, kalau x buat goal pon dia akan jd assit kepada rakannya. Dia memang power lah.. Setakat dia dah buat 19 gol untuk Liverpool dengan 17 perlawanan setakat ni.

Ni la Super Suarez tu..

Walaupon dia ni banyak kontroversi dalam sukan bola sepak yang lepas-lepas, tapi sekarang memang dah menjadi lah, Asyik buat gol-gol yang terbaik la.. Aku teruja kot tengok gol yang dia ni buat. Memang pemain-pemain bola sepak pon mungkin teruja rasanya.. Gol cantik pulak tu.. hehe.
Yang penting sekarang Suarez ni dah meletakkan Liverpool di tempat pertama liga, akhir-akhir musim liga ni tak tahu lah kan,, hehe. Tapi aku yakin, dengan bantuan si suarez ni , Musim ni Liverpool akan juara liga Perdana Inggeris ni.. :) :)

Sukan Sea ke 27

Hai semua, :)

Pada bulan lepas telah berlangsungnya Sukan Sea ke 27 di Myammar. Aku ni minat jugak sukan, Demi menyokong Malaysia tercinta lah kan. hehe.. Dan telah pon tamat pada hari ini.. Dengan itu Malaysia telahpun memungut 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa. Pencapaian ini amat membanggakan kerana Malaysia menduduki tempat ke 5 keseluruhan pingat dari 11 negara di Asia Tenggara.

Kedudukan pingat keseluruhan.

Tapi dalam kebanyakkan sukan, yang paling aku minat adalah bola sepak. Ia lah kan, bola sepak ni antara pingat terpenting untuk satu-satu sukan.. Negara mana yang pegang emas untuk acara bola sepak boleh dianggap hebat lah.. Tapi nak buat macam mana akhirnya Malaysia telah pun kalah dan menduduki tempat keempat selepas tewas kepada negara jiran iaitu Singapura 2-1. Thailand pula mendapat emas untuk acara bola sepak selepas mengalahkan Indonesia 1-0. Tahniah kepada Thailand. Aku terkilan jugakla kat team Malaysia. Yela kan, Training dah merata-rata, Australia, slovakia dan macam- macam lagi tapi xdapat buat apa-apa pun.. :) nak buat macammana kan, Bola itu bulat, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. hehe.  Dan jutaan tahniah juga kepada atlet-atlet sukan sea Malaysia yang telah memperjuagkan Malaysia di persada sukan. Teruskan perjuangan anda semua. Tahniah. :)

HOLIDAY : Perlukah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cuti Semester dah nak bermula tak lama lagi.Tak sangka begitu cepat masanya.Aku rasa macam baru je masuk semester ni. Walaupun aku dah nak bercuti,tak bermakna aku kena lupakan final exam minggu depan.. haha
Mungkin orang lain fikir,alah,belajar senang je kut,tak payah study ber-iya iya sangat.Tapi sebenarnya belajar susah kot. stresss.. haha.
tapi nak wat macamana, hakikat nya seorang pelajar untuk belajar kan.. Niat kan diri tu untuk cari ilmu.. haha. Aku bab berkata-kata ni pandai tapi hasilnya, habuk pun tadakk.. haha. 
 iTulah sepatutnya, masa cuti sememester ni lah, kita kena tenangkan fikiran, baru la tak berserabot.. haha. Sebab bercuti ni boleh la dijadikan reward untuk diri sendiri selapas berhempas pulas study.. Ye tak.. Kalau aku, bab-bab holiday ni memang perlu lah,, sebab hilang semua perasaan stress tu.. Ohh Indahnya bercuti. huhu. Bukan apa, nanti nak naik semester baru, baru lah fresh sikit perasaan nak belajar tu.. haha.. Okay, korang semua pon, baik pergi bercuti time citi sem, seronok punya lah, Gunakanlah cuti anda sebaik mungkin. :) 

Rajin Vs Malas

Assalamualaikum,

Rajin.. kenapalah aku ni tak macam sifat kau,, Kenapa aku ni bersifat malas.. Aku dah lama cuba nak jadi rajin, tapi tak tahu la kenapa nak jugakk malasnya. Apa lah yang aku perlu buat nak jadi rajin.. aku dah try pon usaha nak jadi rajin, Tapi ia hanya sekejap je.. mungkin kah aku ni sentiasa malas.. haha. Adakah aku tak mengamalkan sifat-sifat seorang yang rajin ni.. huhu
Dah la final exam nak dekat dah, book x bukak bukak lagi, Facebook rajinlah aku buka.. haha. Aku pon pelik, kalau facebook berjam-jam pon tak kisah, tapi kalau buka buku tak sampai sejam pon dah mula menguap sampai mengalir air mata.. Dah macam 3 hari 3 malam tak tido rasanya. haha..
padahal tiap-tiap tahun azam tahun baru aku nak jadi seorang yang rajin. Tapi apakan daya, aku cuma manusia biasa. Sentiasa mengulangi kesilapan yang sama.. "YA ALLAH engkau bantulah aku untuk menjadi seorang yang rajin, seorang yang bertanggungjawanb ke atas tugas aku sebagai seorang pelajar dan engkau ampunilah kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan." amin Ya RAbbal Alamin.
In Syaa ALLAH aku akan berusaha semaksima mungkin untuk aku gapai kejayaan, Untuk aku buktikan kepada keluarga ku,, "AKU MAHU JADI RAJIN". :)

Saturday, 21 December 2013

Skytrex advanture

Hai, assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita tentang aktiviti yang mencabar dan baru je join pagi tadi. Nama programnya Rehlah 1.0 yang telah dianjurkan dari Fakulti.. Program ini diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam. Atau pon Skytrex Advanture.

Aktiviti ni sangat mencabar dimana aku perlu tempuh 30 halangan yang berbeza. di paras 20 meter tingginya.Memang betul betul tinggi, Rasanya macam duk kat ats poko dah.. hehe.. Aku ni memang jenis yang suka join aktiviti extreme macam ni, Sebab memang minat aku.. Jadi selamber je aku lepas semua halangan tu,, Dan ramai juga yang give separuh jalan sebab dah letih kot. Memang penat jugak la, degan takut ketinggiannya, gugup nya.. Mungkin sebab tu kot ada yang tarik diri dari tamatkan semua halangan..



Antara halangan kat sini :)


Yang paling aku suka adalah flying fox, wahhh, memang best la, time tu betul2 gugup la.. sebab macam x percaya je kat peralatan situ,, Padahal, alat flying fox tu boleh tanggung beban 2 tan.. haha
Tapi memang betul, ketinggian bukan faktor ketakutan saya.. hihi berlagak pulak, padahal atas tu dah menggeleta lutut. Aktiviti ni berlangsung selama 1 jam 30 minit tanpa jejak tanah masa tu, sentiasa di atas pokok atau post yang disediakan di sana,, Memang puas hati la.. Try la pergi kalau x percaya.. Saya akan join llagi kalau ade program-program yang macam ni, Serius ku katakan, memang Terbaik kepada pengarah program kerana sudi buat program macam ni..
Terima kasih. ~wasalam~

Maharaja Lawak mega 2013

Hai,

Aku ni memang minat kot maharaja lawak mega, yela bila gelak maka stress pon hilang kan,, aku paling minat sepahtu dan  shiro, Tapi minggu lepas Sepahtu memang hambar, Xbest, tapi shiro memang kelakar.. haha.. Lawak Shiro sentiasa berlainan, sebab memang dorang kreatif sangat,, Aku time xde mood study tula, tgk maharaja lawak biar ulang-ulang kali pon, tapi tetap gelak.. haha.
Miggu lepas dah minggu keenam, kumpulan yang tersingkir boboi,, Diorang memang dari minggu pertama lagi dah tak best.. haha.. Aku tak paham diorang buat lawak apa, Gelak nak tak nak je bila aku tengok.. Mungkin idea lawak dorang sentiasa sama.. Dari minggu pertama lagi.. macam tuu jee.. haha.
Pastu Shahrol dari kumpulan Shiro pulak dinobatkan man of the match bagi minggu keenam,, Die memang patut dapat pon,, yela, memang sempoi lah shiro ni.. Aku tengk die macam spontan je mase buat persembahan. Tu yang buat jadi best.. Yela, mungkin sebab memang bnyk idea kan.. hehe.
Miggu depan dah masuk minggu ketujuh, dan  tak silap aku tinggal lagi 9 lagi kumpulan yang masih ada. Dengar dengar minggu depan tema musikal. Wahh.. memang best lah kalau tema ni, Aku minat giler.. haha. Mesti lawak sampai pecah perut minggu depan.. haha..Sepahtu, aku harapkan korang buat yang terbaik untuk minggu depan, Kalau tak, memang korang lah yang keluar.. haha (kejam)
Oraite sini dulu post enti  hari ni, semoga raja lawak pelepas stress korang jugak, aku dah cuba.. haha. Byee

Friday, 20 December 2013

Study Week

Hai Assalamualaikum semua :)

Hari ni aku nak beritahu bahawa STUDY WEEK dah start..
Bermakna semiggu selepas tu adalah FINAL EXAM. wahhhhh,, im not redy yet. please. :)
Aduhh, macamana lah nak fokus study ye. exam dah dekat ni,, aku masih lg terkial-kial dengan subjek ni.. blurr pulak time nak exam ni.. "YA ALLAH, tenangkan lah hati hamba-MU ini dalam menuntut ilmu." Ameen.

Study week ni memang sangat bermakna kepada pelajar-pelajar ipt, sebab masa ni la nak struggle habis-habisan. Yela kan, test sebelum-sebelum ni penuh dgn , kuliah, assignment, tugasan, dan macam-macam lagi yang membuatkan test kite tak fokus..

Tips-tips yang terbaik semasa STUDY WEEK ni adalah, buat group discussion, supaya kita semua dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain. Jangan kedekut-kedekut ilmu okay :)

STUDY WEEK ni memang aku akan bejuang bersungguh-sungguh untuk aku capai matlamat supaya dapat result yang cantik :) In Syaa ALLAH.
so, kawan-kawan, ingat ni:

 " selagi ada kemahuan, di situ ada kejayaan "

Minggu ke-14

Hai bloggers, :)
Hari  ni aku nak bercerita pasal minggu ke-14, so maknanya, minggu 14 nilah minggu terakhir dalam mencari ilmu berbentuk kuliah.. hehe maknanya minggu last la. Lepas ni dah Exam, dan cuti sem(YES) ;)

Dalam, pejam celik pejam celik dah minggu akhir berada kat UKM, memang terasa la sangat sekejap dok kat sini, tahu tahu dah nak dekat exam pon.. Wah takutlah... Dengan assignment nye ade yang tertunggak lagi.. haha
Tapi, minggu ke 14 yang berada di ukm nilah minggu yang paling sibuk, yelakan, dengan kena hantar tugasan la, presentation la, report la, kuliah ganti lah... macam macam lagi la.. Tapi sebagai pelajar, memang tugas nye pon semua tu.. hehe, So  jangan nak mengeluh sangat la.. Enjoy your work, then you can do it brtter. :)

Aku rase semua student akan gembira bila tiba minggu ke-14. yela kan, semua nya macam x suka pergi kuliah,, termasuklah aku.. haha. Padahal, kuliah tu lah yang memberi ilmu secara mendalam kat kita, kalau x jawap exam tak tahu apa2 lah.. hehe. So, marilah kita bejuang untuk masa, hadapan..  :)
Sampai sini dulu entri kali ni, Trimas kerana sudi membaca :D

Thursday, 19 December 2013

Pengesahan Kolej

Assalamualaikum, 

Hari ni aku nak bercerita pasal pengesahan kolej kat UKM, yela kalau tak sahkan, memang nak daftar kolej sem depan bermasalah la sikit. hehe.

Hari ini iaitu 17 Disember 2013 ialah tarikh akhir untuk penghuni kolej Burhanuddin Helmi( KBH) untuk mengesahkan tempat tinggal untuk sem depan..Aku pon dah buatpengesahan awal sebab takut nanti internet buat hal, tak pasal-pasal  aku x berdaftar nanti ..Aku pilih untuk terus stay kat KBH ni sebab Kbh ni macam dah serasi ngan aku..Lagipon KBH ni macam centre la..Pusat Kesihatan,library,semuanya dekat ngan kolej ni termasuklah Fakulti aku sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)..Malam tadi pon ada felo yang cek dari bilik ke bilik nak tengok sape yang dah buat pengesahan ke belum..
Tak silap aku la,kalau tak buat pengesahan dalm tempoh ni,mungkin bayaran denda akan dikenakan.. So, buatlah apa-apa pengesahan, sebelum tamat tarikhnya.. :)

Okay, cut, sampai sini je dulu ye. :)

Tuesday, 17 December 2013

GST!! wajarkah?

GST atau nama penuhnya Good and services tax atau cukai barangan dan perkhidmatan bakal dilaksanakan pada tahun 2015.. GST menjadi isu yang popular yang menyebabkan hal ini mendapat bantahan orang ramai .
 Wajarkan GST ini dilaksanakan?
Alahai,, barang naik? GST? apa lagi yang kerajan Malaysia mahukan,, Adakah ini cara mereka nak majukan negara, Dengan membebankan rakyat dan mereka terus kaya?
Aku x boleh fikir dengan normal jika semua ni berlaku.. Nak, kalau dah bergraduasi nanti, konfem akan terasa bebanan nya.. mungkin tidak,, sekarang pon akan terasa, Tapi sikit, tu pon sebab belum kahwin.. hehe. :)
Lepas satu-satu cadangan brutal kerajaan yang bakal membebankan rakyat.. Dahla barang naik, GST pulak dilaksanakan.. GST ni juga akan menyusahkan para peniaga yang baru nak maju kerana, mereka terpaksa mengenakan harga barang yang lebih tinggi daripada biasa bagi menampung modal yang mereka keluar kan. Yela, nak dapatkan stok mesti beli barang, beli barang kena GST. Lepas tu mulalah pelanggan salah kan peniaga dengan alasan barang naik..Jikalau kerajaan tidak mengawal dan memantau paras kenaikan, peniaga akan lebih untung. Saranan saya wajar atau tidak itu pendapat masing-masing. Yang penting kita sebagai rakyat MALAYSIA perlu bersedia untuk menghadapinya. In Syaa Allah. :)

Monday, 16 December 2013

2014 Barang Naik?

Hai Assalamualaikum,

Pada enti kali ni aku nak bahaskan sikit tentang barangan naik tahun 2014?
Sebagai rakyat Malysia aku pun tanpa segan silu terpanggil untuk membahaskan isu ni, Yela kan dah la student, barangan naik pulak,, Apa cerita?? Sesak weyy!!
Harap-harap isu ni bualan semata-mata. Yela kan, harapan mestilah lah tinggi, kalau isu ini betul-betul terjadi, maka makin susah lah kos hidup rakyat. Mohon kerajaan memkirkan jalan yang lebih efektif untuk membantu rakyat tentang hal ini.
aku dengar khabar barangan yang naik adalah,, barang naik? elektrik? barangan basah? tol? dan macam-macam lagi,, Adakah tahun 2014 bakal menjadi igauan ngeri kepada rakyat Malaysia.. Yela kan, lagi beberapa hari lagi dah nak masuk ke tahun 2014.
Adakah, kenaikan  barang ini berlaku demi kepentingan mainan politik saja? adakah Malaysia menggunakan kosep yang kaya terus kaya? Adakah rakyat bakal menimpa bala atas kesilapan mengundi kerajaan yang jujur?
Bukan isu politik yang ingin aku ketengahkan, tapi perihatin lah kepada rakyat. Walau siapa pun yang pegang kerajaan. Mohon pertimbangkan.
"Ya ALLAH, bantulah kami untuk mendapatkan rezeki yang halal, dan tenangkan lah hati kami jika hal ni berlaku, Ameen.
In Syaa ALLAh, sampai di sini saja perbahasan saya.. Harapan ku agar, isu ini tidak akan terjadi. :)

Saturday, 14 December 2013

Foundation Drama

Assalamualai kum, Hai :)

Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Foundation English..
Okay permulaan nye gini, Foundation English ni sebenarnya untuk mereka-mereka yang dapat muet band 2 ke bawah, termasuklah aku.. haha
Maklumlah, aku English ni kurang sikit,, :D
So, foundation ni penilaian utama dia berdasarkan grammar, dan drama.
DRAMA!!!!
Ohh, aku mana pandai berlakon,, hehe.
Tapi memang best la, first time dalam hidup aku buat drama versi teater,, gugup baq hangg!! haha
Jadi group aku seramai, 12 orang masing2 mempunyai watak tersendiri,  Jadi sebelum dapat watak tu mesti kena cerita pasal drama apa yang dipilih kan.. huhu
Jadi kami sekumpulan telah bersepakat untuk memilih drma yang bertajuk "The Railway Chidren"
semua drama ni dari koleksi novel Penguin reader, dan Kami perlu meng "adaptasi nye kepada versi Teater.. Boleh tahan la kisahnye.. Rasa mcm datang Ukm ambik bidang teater pulak,,, hehe.

Selepas pilih tajuk, kami perlu membentangkan "storyboard".. kena lukis gambar dan ceritakan plot nya,,
lepas tu kena lah pulak, buat skrip,, wah pening nak buat skrip,, berdasarkan novel pulak tuh.. So hantam ja lah.. Akhirnya pada 12 disember lalu kami pentaskan lah drama tu.. wah gugup je rasa,, depan penonton 50-60 orang pulak tuh.. haha..Jadi, Alhamdulillah, semuanya lancar, Dan kelas Foundation English pon tamatlah pada minggu lepas.. Serius, memang seronok belajar Bahasa Inggeris,, Dan tujuan utama Kelas foundation English adalah meningkatkan, keyakinan para pelajar untuk berbahasa inggeris.
So , sampai sini sajalah entri kali ni, Terima kasih pada yang sudi membaca.. :)



Ni lah group drama Foundation Aku..:)

Tuesday, 10 December 2013

Lapar

Assalamualaikum,

Hai,  Entri ni aku akan bercerita pasal lapar, hehe. Maklumlah skrg ni masih lagi musim hujan, tiap2 malam lapar, perut pon selalu bunyi "kriukk-kriukk-kriukk" hehe. tak tahu jugak kenapa?, tiap- tiap malam akan berasa lapar, Geram rasanya.. haha,, Nak buat kerja pon  tak boleh.
Aku ni dah la yang jenis malas nak keluar cari makanan. Yela kat luar sana tu kalau pukul 12 ke atas, memang sejuk.. menggelatar.. Nak pulak hujan @hujan baru berhenti.. memang berbungkus dalm selimut la aku.. haha.. Sekarang ni memang musim sejuk agaknya. Yela kat luar-luar san. Eropah sana dah musim salji kan, kat Malaysia je musim hujan,. huhu.
Tapi mungkin sebab keesejukkan perut aku jadi lapar sesangat. atau nafsu lapar semata-mata.. hehe. So, kesimpulan nya, lepas ni, memang bnyak lah makanan dalam bilik, stok untuk lapar.. hehe
Okaylah, sini saja aku bercerita,
TQ. :)

Friday, 6 December 2013

SUKEM

Assalamualaikum

Hai kepada bloggers semua.. sihat? :)

Post kali ni aku nak cerita pasal Sukan.. Iaitu Sukan yang dianjurkan oleh UKM tiap2 tahun..
SUKEM atau Sukan Universiti Malaysia yang berlangsung pada 20 November hingga 16 Disember 2013.
Aku ambil acara lontar peluru dan merejam lembing untuk Kolej Burhanudin Helmi (KBH).
Nak cerita la sikit, aku ni xpenah pun main acara ni untuk sebelum-sebelum ni,, dengan semangat yang pelik,tak tahula macamane aku boleh main.. Haha.

Mungkin sebab nak mencuba kot. Walaupon tak menang, tp aku dah cuba yang terbaik untuk kolej.. haha (perasan je). Tapi yang best nye SUKEM ni, ialah supporters tu,, memang bagusla kalau tgk.. Yela, baru semangat atlet KBH nak main kalau ade supporters kan.. hehe.
Supporters jugak ade wat baju khas, untuk tujuan menyokong atlet semata- mata..
Memang semangat luar biasa lah burhan nih,, Kolej lain mane ada baju supportes,, hehe
TERBAIKKK!!

Baju supportes untuk KBH
D'gators gitu.. Hehe



Gambar semasa di Stadium UKM,
bersama atlet olahraga KBH

Sorry gambar semasa main acara aku x sempat ambik, sebab tak ingat.. haha (alasan)

So, pada 16 Disember tu adalah acara penutup Sukem, memang best la, sebab ada pertandingan akhir bola sepak diantara KAB vs KIZ..  perlawanan berkesudahan KAB menang 2-0.. Yela kan, memang bangga kolej yang menag bola ni, maklumlah, Bola sepak ialah IBU segala Emas bagi sukan - sukan tahunan gini... Tahniah KAB.. 
Sampai sini jela dulu celoteh aku untuk Entri kali ni... Terima kasih sudi baca,,, hehe :)

Monday, 2 December 2013

HOMESTAY BAS SELAMA 10 JAM :)

Hye Assalamualaiku w.b.t.

Homestay Bas?? apa anda rase yang saya nak ceritakan.. haha
mesti pelik kan, yela tajuk entri melambangkan sesebuah cerita.. hehe

Okay, cerita dia macam ni, pada jumaat yang lepas adalah, member aku ajak join program ke Johor dari Kelab Ekonomi UKM. Melawat sambil jalan - jalan wilayah selatan tanah air. Yela, aku kalau bab-bab berjalan, enjoy-enjoy memang suka lah,, haha. Jadi aku pon join lah program tu.. So hari jumaat tu semangat aku bangun pagi-pagi.

So, selama 5jam perjalanan kami semua sampai lah kat Johor,, 5 jamm.. lame tuu... Okay sampai- sampai je, terus pergi ke pejabat ISKANDAR MALAYSIA. Sebab tujuan utama program ni adalah, berkenalan dgn Iskandar Malaysia ni.. So kami diterangkan oleh Pegawai kat situ,, So faham lah, Memag power lah Iskandar Malaysia ni, Dia lah Penggerak, pemaju, Peananalisi ekonomi kat Johor ni,.. sebab tu Johor maju..

Okay, mesti korang tertanye tanye lagi, ape kena mengene ngan tajuk... haha
Maka, dalam perjalanan balik ke Homestay kononye, terjadilah perkara yang tiba tiba semua orang tak tersangka- sangka. IAITU BAS MOGOK @ ROSAK @ TAK BOLEH GERAK. Eh sama lah tu.. hehe
Dan masa tu semua mmg lapar, yelah betul-betul masa tu tengah Magrib, mana tak nye, dengan perjalanan 5 jam sebelum ni lagi.. perghh sempott.. hehe

So, Pakcik driver bas kata bas gantian akan bertolak dari UPSI, TANJUNG MALIM. pukul 10 malam, perghh, kami semua terkejut, memang lama menunggu, SO pakcik driver, sarankan kepada kami, suruh cari makan dulu, . Nasib baik bas ni rosak kat bandar, tapi 1 km jugaklah nak berjalan.. hehe
Penat kot.. Jadi kami ambil lah pengalaman jalan jalan di JB sepuas puasnya, dengan letih, mengantuk dan sebagainye.. haha

Maka, bila puas berjalan balik lah kami ke HOMESTAY BAS, memang x selesa betul, yela first time kot tido dalam bas lama lama gitu.. Nasib lah keesokan harinya bas gantian sampai, tapi Pukul 5 pagi lah,, wah memang syok jugak tido atas bas dan rase takut dah nak naik bas lepas ni.. hehe..
So, rancanglah perjalanan anda sebaik-baik nya.. :)