Monday, 23 December 2013

Aplikasi Komputer

Hai, Assalamualaikum,

Di entri ni saya nak bercerita sikit tentang kelas aplikasi komputer, Aplikasi komputer ni adalah pelajaran asas tentang penggunaan komputer dengan betul dan cara penggunaan  perisian asas nye termasuklah Microsoft office word, Microsoft office Excell, Microsoft office Presentation dan Microsoft office Access. Dan juga pengetahuan tentang blog.Nak- nak microsoft access, sebelum ni memang belum pernah guna. dan tak pernah usik pon, Sekarang dah paham fungsinya sebagai pengkalan data untuk perniagaan yang memerlukan penyimpanan data secara teperinci..  Yela kan , sebagai student pengurusan perniagaan, saya merasakan, basic2 ni memang perlu, untuk terus maju ke hadapan.. ye dakk.. hehe.
Kelas aplikasi komputer pon sememang nya kat makmal komputer . tu yang best, jadi senang untuk saya mempraktikkan apa yang diajar.
 Pensyarah saya ialah Dr Zaleha Yazid, beliau sangat terbaik, dari segi pengajaran dan ia mudah dipratikkan oleh saya, Saya sangat enjoy bila masuk ke kelas nya, kerana memang sempoi habiss.. hehe Thank you Dr. Zaleha for teach me :)

Sunday, 22 December 2013

Super Suarez

Super Suarez iaitu Luiz suarez yang berasal dari Uruguay. Dia ni Pemain bola sepak yang aku minat, Sebab skill dia memang power. Nak-nak pulak dia main kat team EPL yang aku minat pulak iaitu Liverpool. Setakat ni setiap perlawanan Si Suarez ni x penah x buat gol, kalau x buat goal pon dia akan jd assit kepada rakannya. Dia memang power lah.. Setakat dia dah buat 19 gol untuk Liverpool dengan 17 perlawanan setakat ni.

Ni la Super Suarez tu..

Walaupon dia ni banyak kontroversi dalam sukan bola sepak yang lepas-lepas, tapi sekarang memang dah menjadi lah, Asyik buat gol-gol yang terbaik la.. Aku teruja kot tengok gol yang dia ni buat. Memang pemain-pemain bola sepak pon mungkin teruja rasanya.. Gol cantik pulak tu.. hehe.
Yang penting sekarang Suarez ni dah meletakkan Liverpool di tempat pertama liga, akhir-akhir musim liga ni tak tahu lah kan,, hehe. Tapi aku yakin, dengan bantuan si suarez ni , Musim ni Liverpool akan juara liga Perdana Inggeris ni.. :) :)

Sukan Sea ke 27

Hai semua, :)

Pada bulan lepas telah berlangsungnya Sukan Sea ke 27 di Myammar. Aku ni minat jugak sukan, Demi menyokong Malaysia tercinta lah kan. hehe.. Dan telah pon tamat pada hari ini.. Dengan itu Malaysia telahpun memungut 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa. Pencapaian ini amat membanggakan kerana Malaysia menduduki tempat ke 5 keseluruhan pingat dari 11 negara di Asia Tenggara.

Kedudukan pingat keseluruhan.

Tapi dalam kebanyakkan sukan, yang paling aku minat adalah bola sepak. Ia lah kan, bola sepak ni antara pingat terpenting untuk satu-satu sukan.. Negara mana yang pegang emas untuk acara bola sepak boleh dianggap hebat lah.. Tapi nak buat macam mana akhirnya Malaysia telah pun kalah dan menduduki tempat keempat selepas tewas kepada negara jiran iaitu Singapura 2-1. Thailand pula mendapat emas untuk acara bola sepak selepas mengalahkan Indonesia 1-0. Tahniah kepada Thailand. Aku terkilan jugakla kat team Malaysia. Yela kan, Training dah merata-rata, Australia, slovakia dan macam- macam lagi tapi xdapat buat apa-apa pun.. :) nak buat macammana kan, Bola itu bulat, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. hehe.  Dan jutaan tahniah juga kepada atlet-atlet sukan sea Malaysia yang telah memperjuagkan Malaysia di persada sukan. Teruskan perjuangan anda semua. Tahniah. :)