Assalamualaikum,
Rajin.. kenapalah aku ni tak macam sifat kau,, Kenapa aku ni bersifat malas.. Aku dah lama cuba nak jadi rajin, tapi tak tahu la kenapa nak jugakk malasnya. Apa lah yang aku perlu buat nak jadi rajin.. aku dah try pon usaha nak jadi rajin, Tapi ia hanya sekejap je.. mungkin kah aku ni sentiasa malas.. haha. Adakah aku tak mengamalkan sifat-sifat seorang yang rajin ni.. huhu
Dah la final exam nak dekat dah, book x bukak bukak lagi, Facebook rajinlah aku buka.. haha. Aku pon pelik, kalau facebook berjam-jam pon tak kisah, tapi kalau buka buku tak sampai sejam pon dah mula menguap sampai mengalir air mata.. Dah macam 3 hari 3 malam tak tido rasanya. haha..
padahal tiap-tiap tahun azam tahun baru aku nak jadi seorang yang rajin. Tapi apakan daya, aku cuma manusia biasa. Sentiasa mengulangi kesilapan yang sama.. "YA ALLAH engkau bantulah aku untuk menjadi seorang yang rajin, seorang yang bertanggungjawanb ke atas tugas aku sebagai seorang pelajar dan engkau ampunilah kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan." amin Ya RAbbal Alamin.
In Syaa ALLAH aku akan berusaha semaksima mungkin untuk aku gapai kejayaan, Untuk aku buktikan kepada keluarga ku,, "AKU MAHU JADI RAJIN". :)
No comments:
Post a Comment