Pada bulan lepas telah berlangsungnya Sukan Sea ke 27 di Myammar. Aku ni minat jugak sukan, Demi menyokong Malaysia tercinta lah kan. hehe.. Dan telah pon tamat pada hari ini.. Dengan itu Malaysia telahpun memungut 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa. Pencapaian ini amat membanggakan kerana Malaysia menduduki tempat ke 5 keseluruhan pingat dari 11 negara di Asia Tenggara.
Kedudukan pingat keseluruhan.
Tapi dalam kebanyakkan sukan, yang paling aku minat adalah bola sepak. Ia lah kan, bola sepak ni antara pingat terpenting untuk satu-satu sukan.. Negara mana yang pegang emas untuk acara bola sepak boleh dianggap hebat lah.. Tapi nak buat macam mana akhirnya Malaysia telah pun kalah dan menduduki tempat keempat selepas tewas kepada negara jiran iaitu Singapura 2-1. Thailand pula mendapat emas untuk acara bola sepak selepas mengalahkan Indonesia 1-0. Tahniah kepada Thailand. Aku terkilan jugakla kat team Malaysia. Yela kan, Training dah merata-rata, Australia, slovakia dan macam- macam lagi tapi xdapat buat apa-apa pun.. :) nak buat macammana kan, Bola itu bulat, kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. hehe. Dan jutaan tahniah juga kepada atlet-atlet sukan sea Malaysia yang telah memperjuagkan Malaysia di persada sukan. Teruskan perjuangan anda semua. Tahniah. :)

No comments:
Post a Comment