Saturday, 19 October 2013

Aku Mahasiswa UKM.

Alhamdullilah dah dekat dua bulan aku sebagai mahasiswa UKM, Insyallah selama tiga tahun aku kat sini banyaklah ilmu yang aku dapat dan akan aku gunakan dam kerjaya aku kelak.
Aku Mahasiswa UKM, okay aku nak cerita lah sikit pengalaman selama aku berada kat sini..
Memang bestlah belajar kat sini, fasiliti, kediaman, semuanya tip top.. best dah memuaskan. Almaklumlah aku ni dulu lepasan KPTM je, kampusnye pon xde lah sebesar UKM ni. hehe, Tp KPTM tetap steady bagi aku..

Kat Ukm ni aku ambik kursus pentadbiran perniagaan, dari fakulti ekonomi dan pengurusan. Aku memang minat lah nak jadi bakal bakal bisnesman ni.. hehe INSYALLAH. Jadi aku sanggup korbankan sikit masa dan umur aku, untuk aku cari seberapa banyak ilmu. Yela kan, setiap perniagaan tu mestilah kena ada ilmu, barulah berjaya lagi SUCCESSFUL , ehh samalah tu... haha..

Suasana belajar di UKM ni jugak memang lain dari aku belajar kat kolej. Kat sini memang kena survive sendiri, kalau tak, memang ketingglan lah dalam kuliah..Satu lagi sistem IFOLIO, ifolio ni memang lah tersangat penting untuk pelajar UKM. mana tak nya, semua Assignment, task, tutorial, dan nota nota pensyarah akan download kat sini.. kalau x selalu buka memang xtahu apa benda lah.. hehe.

UKM ni tahap fasiliti memang bagus. Setiap alat tu berfungsi dengan bagus. Kat Kolej kediaman, Fakulti, Perpustakaan, dan lain lain tmpt kat ukm ni memang berfungsi sepenuhnya. Antara kemudahan yang terpenting untuk student adalah INTERNET. Memanglah penting nama pun zaman Berteknologi sekarang. Semua nak kena ada internet, baru senang kerja kan.. WIFI ukm ni memang kat mana2 pon boleh guna, dengan hanya daftar ID UKM JARING je.. Internet nya pon, boleh tahan lah lajunya, tapi silap asal nak download MOVIE je mesti page tu keluar besar besar ayat ni: ACCESS DENIED.  HAHA.. mungkin UKM xnak bagi pelajar kat sini tgk movie banyak2 kot. :D

Aisyyy.. banyak pulak celoteh aku yang tah apa apa ni kan.. lari topik pulak tu..asalnya AKU MAHASISWA UKM, tapi ni tajuk dah macam UKM AKU PUNYA, haha.. Okay lah setakat ni dulu yang boleh aku ceritakan, tapi aku akan cuba yang terbaik sebagai mahasiswa UKM, Aku nak majukan diri aku dari selangkah ke selangkah. INSYALLAH, aku akan cuba mencari ilmu dari UKM ni dengan sebanyak mungkin untuk kesenangan aku kelak. 

Akhir sekali, AKU BANGGA MENJADI MAHASISWA UKM. :)



LANSKAP LOGO UKM





 DECTAR- 
tempat aku bakal berkonvo





Perpustakaan yang tersangat lah besar.





Majid Universiti yang indah




Stadium UKM

3 comments:

  1. https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Salam.

    Kepada;

    Para akademik, para rektor universiti dan para mufti yang dimuliakan.

    Tuan,

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -Alamin?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Hi, belajar perniagaan dalam bahasa apa ya?

    ReplyDelete
  3. Hi, belajar perniagaan dalam bahasa apa ya?

    ReplyDelete